Stesen No 8 - Solat

Ini cerita pasal solat waktu saket. Bila dah saket saket gini bile masuk waktu solat komfem ade rase berat macam ade batu duduk atas kepala. Lepas eksiden hari tu berat gak Gua nak pg solat Jumaat pasal tak pegi spital lagi, dan Gua eksiden memang dah dekat dekat nak masuk waktu solat Jumaat..

Tapi bile kenang Tuhan bagi lagi Gua can untuk hidup lagi sebentar tadi, Gua gagahkan sarung kain pelikat Bos gua punyer, jalan tenjot tenjot sambil tangan pegang kain ala ala gaya budak lelaki baru bersunat yang sakitnya macam gigit semut (kononnye).

Waktu amik wudhuk, Gua cuci darah dan luka luka Gua, sambil mata duk usha usha orang sekeliling pandang semacam kat Gua yang baju koyak kat lengan dan badan comot momot.

"Gua rase Gua ni macam komando" - bisik Gua kat Bos.

Naik ke masjid Gua amik 'seat' paling belakang tepi beranda, ekjas bontot sedap sedap dan tetibe mata Gua tertancap kat sorang pak cik yang bertongkat susah payah naik tangga masjid.

"Dik, sini duk sebelah pak cik, temankan pak cik ye" pak cik yang berwajah sangat manis itu menyapa Gua. Belum sempat menjawab, azan pon berkumandang. Dengan gaya labah labah Gua tarik kerusi Gua ke sebelah kerusi pak cik tu...


Lepas solat, Gua memandang sayu ke arah pak cik yang bertongkat tu, kasihan...
susah payah die nak naik ke moto sambil pegang tongkat...

Tanpa kaki, pak cik tu still boleh solat dengan sempurna walau hanya duduk atas kerusi, siap berjemaah kat masjid lagi. Moga Tuhan ampuni dosa dosa Gua dan dosa pak cik tu, ade rezki boleh solat sesame lagi...

Amiin...


p/s: Kamu, terima kasih kerana sentiasa menyokong aku :)

Posted by
ORLANDO AHMAD

More

Stesen No 7 - Mentaliti Orang

Gua eksiden hari tu, di kawasan yang cukup cukup padat dengan manusia, ade yang berkereta, ade yang bermotor dan ade yang berkaki...

Di tengah jalan tertiarap Gua dengan moto bapak yang disayangi capuk capuk kena cium dek aspal...

Serius jalan raya kat Malaysia ni sangat sangat keras. Sekali jatuh memang tak boleh dibawak berunding die punye sakit, tapi keras lagi hati orang yang sekadar memandang Gua menyelanak atas jalan sorang sorang tanpa bantuan...

Tak kire la bangsa ape pon, semua dah saling menjangkiti satu penyakit...

Posted by
ORLANDO AHMAD

More

Stesen No 6 - Lejen!


Mine is blue
Yours is white
Thanks to you
The world seems bright

^__^

Posted by
dill

More

Stesen No 5 : Hari hari yang mendatang...

Bangun tido...

Bila masuk hari Ahad, sebelum gosok gigi kat bilik air, sebelum sapu tahi mata, otak dah mula ligat pikir hari Isnin punya kerja.


Dah lama tak menulis kat blog, jadi Gua terpaksa amik masa yang agak lama untuk dapat semula ‘tune’ yang dah lari jauh. Mula mula dulu Gua pikir mungkin kemahuan menulis blog ni dah ke laut, tapi rupa rupanya masih ade, Cuma kena letak baja dan sembur sikit racun rumpai biar parasit yang mengacau kasi main jauh jauh.

Seingat Gua, ade 3 kertas kerja Gua kena setelkan, satu report Gua kena hadamkan, tambah tolak bahagi darab kerja Gua ni dah sampai tahap bintang bintang, dan outstation yang Gua anggap sebelum ni sekadar skrip dalam drama Melayu, rupa rupanya dah jadi amalan harian yang perlu Gua istiqamahkan setiap bulan.

Ngah curik ayam



PACCO RABANE...

Tak beli beli lagi...

Blog lama...

Blog kali ni Gua colabrate ngan my laling, jadi semangat tu ‘up’ sikit hehehe. Blog yang lama (http://romeokampong.blogspot.com) tak dapat nak diselamatkan, mula mula plan nak sambung menulis kat situ je tapi apakan daya ibarat menunggu pisang berbuah di tepi telaga, Ibarat memungut kangkung di tepi paya...

Bangun pagi pagi, siram pokok bunga...

Bila masuk je weekend, jarang Gua mandi pagi, malas dan dah ready niat sebelum tido weekend mandi mesti pukol 2 petang. sebab ramai kawan kawan yang dah beranak pinak ni ngaku yang muka baby diorang iras iras muka Gua, maka Gua berfatwa Gua wangi macam baby, dan Gua harap sangat fatwa Gua ni makbul dan diterima umat sejagat.

Otak yang sihat berlaku bila brekpes...

Series Gua akan brekpes pagi pagi sebab nak otak gua ni sehat, skang ni Gua layan oat, kadang2 bila cuti merengek kat mak nak ngap ngap lempeng, sedap ooo lempeng, kau hado?

A Doctor In The House...

Tak habis baca lagi...

Vacation+kursus..

Utara lagi pasni dan + Pantai Timur huhuhu...


JEAN PAUL GAULTIER LE MALE TRAVEL FLAKS

RM 309... bile ntah nak beli nii...

BREKPES
Layan oat, ngan susu low fat. Gara gara pinggang Gua dah 35, berat 65.5 kilo. Macam dah di pam pam.

MAJALAH
Baca ikot dan, dah kurang baca komik, duk layan Maskulin, cewwaahh....

PTPTN
Sentiasa dibayar, dah nak habis pun. Hutang ni amanah, satu sen akan tetap dituntut kat mahsyar, kalo liat nak bayar hutang tak yah buat taktik berjemur kat Dataran Merdeka.

Gaya takde tauliah


JERUK BUAH PALA
Tak bleh masuk tekak Gua, bersin bersin sokmo.

MOVIE
Gua layan Don 2, boleh la tahan cerita ni...

CERAMAH
Skang duk sibuk ngan motivasi, konsultasi IT dan bab bab akidah (Syiah, wahabi) 

Dulu rambut blakang ni panjang


DARAH
Masih mabuk darah walaupun darah Gua spesis O+

NIKAH
Sedang diusahakan huhu...


 p/s: dalam proses mencari tune menulis...

Posted by
ORLANDO AHMAD

More
orlandodill. Powered by Blogger.

Copyright © / Ini Cerita Kami

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger