Stesen No 6 - Lejen!


Mine is blue
Yours is white
Thanks to you
The world seems bright

^__^

Stesen No 5 : Hari hari yang mendatang...

Bangun tido...

Bila masuk hari Ahad, sebelum gosok gigi kat bilik air, sebelum sapu tahi mata, otak dah mula ligat pikir hari Isnin punya kerja.


Dah lama tak menulis kat blog, jadi Gua terpaksa amik masa yang agak lama untuk dapat semula ‘tune’ yang dah lari jauh. Mula mula dulu Gua pikir mungkin kemahuan menulis blog ni dah ke laut, tapi rupa rupanya masih ade, Cuma kena letak baja dan sembur sikit racun rumpai biar parasit yang mengacau kasi main jauh jauh.

Seingat Gua, ade 3 kertas kerja Gua kena setelkan, satu report Gua kena hadamkan, tambah tolak bahagi darab kerja Gua ni dah sampai tahap bintang bintang, dan outstation yang Gua anggap sebelum ni sekadar skrip dalam drama Melayu, rupa rupanya dah jadi amalan harian yang perlu Gua istiqamahkan setiap bulan.

Ngah curik ayam



PACCO RABANE...

Tak beli beli lagi...

Blog lama...

Blog kali ni Gua colabrate ngan my laling, jadi semangat tu ‘up’ sikit hehehe. Blog yang lama (http://romeokampong.blogspot.com) tak dapat nak diselamatkan, mula mula plan nak sambung menulis kat situ je tapi apakan daya ibarat menunggu pisang berbuah di tepi telaga, Ibarat memungut kangkung di tepi paya...

Bangun pagi pagi, siram pokok bunga...

Bila masuk je weekend, jarang Gua mandi pagi, malas dan dah ready niat sebelum tido weekend mandi mesti pukol 2 petang. sebab ramai kawan kawan yang dah beranak pinak ni ngaku yang muka baby diorang iras iras muka Gua, maka Gua berfatwa Gua wangi macam baby, dan Gua harap sangat fatwa Gua ni makbul dan diterima umat sejagat.

Otak yang sihat berlaku bila brekpes...

Series Gua akan brekpes pagi pagi sebab nak otak gua ni sehat, skang ni Gua layan oat, kadang2 bila cuti merengek kat mak nak ngap ngap lempeng, sedap ooo lempeng, kau hado?

A Doctor In The House...

Tak habis baca lagi...

Vacation+kursus..

Utara lagi pasni dan + Pantai Timur huhuhu...


JEAN PAUL GAULTIER LE MALE TRAVEL FLAKS

RM 309... bile ntah nak beli nii...

BREKPES
Layan oat, ngan susu low fat. Gara gara pinggang Gua dah 35, berat 65.5 kilo. Macam dah di pam pam.

MAJALAH
Baca ikot dan, dah kurang baca komik, duk layan Maskulin, cewwaahh....

PTPTN
Sentiasa dibayar, dah nak habis pun. Hutang ni amanah, satu sen akan tetap dituntut kat mahsyar, kalo liat nak bayar hutang tak yah buat taktik berjemur kat Dataran Merdeka.

Gaya takde tauliah


JERUK BUAH PALA
Tak bleh masuk tekak Gua, bersin bersin sokmo.

MOVIE
Gua layan Don 2, boleh la tahan cerita ni...

CERAMAH
Skang duk sibuk ngan motivasi, konsultasi IT dan bab bab akidah (Syiah, wahabi) 

Dulu rambut blakang ni panjang


DARAH
Masih mabuk darah walaupun darah Gua spesis O+

NIKAH
Sedang diusahakan huhu...


 p/s: dalam proses mencari tune menulis...

orlandodill. Powered by Blogger.

Copyright © / Ini Cerita Kami

Template by : Urang-kurai / powered by :blogger